Selamat Datang..Butik Online Sericahaya

Tudung Labuh...L..XL..XXL..XXXXL
Tudung Syria Labuh..denim labuh..cotton labuh..lycra labuh..
terbaik untuk anda muslimah sejati..

Sunday, June 24, 2012

Tempahan dan Penghantaran


:: Cara Membuat Tempahan ::
Sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah dibuat melalui salah satu dari cara berikut:
1. Melalui Borang Tempahan online. Sila klik pada butang di bawah utk membuka borang tempahan:-
2. Melalui email kepada sales@sericahaya.com
3. Melalui khidmat SMS ke nombor 013 674 4960
(Kami menggalakkan penggunaan Borang Tempahan online kami dan juga email untuk mengurangkan kos anda dalam urusniaga)

Sila nyatakan maklumat berikut dalam pesanan tempahan anda :
1. Kod-kod produk yang ingin dibeli
2. Nama Anda
3. Alamat lengkap termasuk poskod untuk tujuan penghantaran
4. No telefon atau email atau yahoo mesenger ID anda untuk memudahkan kami menghubungi anda semula
Sebaik menerima pesanan anda, kami akan menyemak stok produk dan akan memberikan pengesahan kepada anda melalui email atau SMS. Anda hanya boleh membuat pembayaran selepas menerima pengesahan tempahan daripada kami. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku masalah stok produk yang telah ditempah terlebih dahulu, atau kehabisan stok dan sebagainya.

Kami juga akan memaklumkan jumlah sebenar yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran/pengeposan bersama pengesahan tempahan.
Selepas anda menerima pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan untuk tempoh Tiga (3) hari sahaja. Sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut maka tempahan boleh dianggap terbatal dan kami boleh membuka semula produk tersebut untuk jualan kepada pelanggan lain yang berminat.
Sila klik disini untuk cara-cara pembayaran.
______________________________________________________________________________________________

:: Cara Penghantaran ::
  • Penghantaran adalah melalui perkhidmatan kurier Poslaju. Kami hanya akan menguruskan penghantaran selepas bayaran penuh diterima.
  • Poslaju dalam Semenanjung Malaysia akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja.
  • Poslaju ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa antara 1 hingga 4 hari bekerja (mengikut kawasan).
  • Sekiranya barang yang diterima adalah rosak atau salah, sila kemukakan aduan kepada kami selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh terima. Aduan yang dilakukan selepas jangkamasa ini tidak akan dilayan. Jika barang yang rosak tidak dapat diganti, kami akan memulangkan wang barang yg dibeli sahaja (tidak termasuk kos pos).

    Kembali ke Laman Utama

No comments:

Post a Comment